Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk mencari nafkah buat keluarga, namun sebagai isteri tidak salah untuk meringankan beban suami.
Tapi ada juga lelaki yang tidak senang melihat isteri mendapat rezeki lebih daripadanya hingga ada niat tidak baik.
Seorang wanita menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga tidak menyangka suami sanggup membuat laporan palsu untuk menjatuhkannya.
Di bawah adalah kisah tersebut.
Kami telah berkahwin selama lima tahun. Bergaduh, bertekak hal rumah tangga itu biasa. Saya ni pemalas orangnya dan suami sering menegur.
Siap cerita pasal sy pada kenalan dan keluarga. Walaupun malu dan marah tapi saya tetap usaha untuk berubah dan saya berjaya berubah.
Banyak benda yang suami tak suka telah saya berjaya perbaiki. 14 Julai lalu, saya bagi hadiah ulang tahun kami yang kelima kepada suami.
Rupanya seminggu sebelum kejadian, suami ada suruh kenalan saya buat laporan polis mengenai perniagaan saya.
Tapi kenalan saya menolak kerana ia hanya isu kecil dan perniagaan saya sendiri tak ada melakukan kesalahan lain.
Dalam mesej tersebut suami mengaku sebagai bekas rakan kongsi dan saya dikatakan membuangnya selepas sudah berjaya dan maklum saya menyekatnya.
Malah dia menyatakan bahawa saya tidak membayar gaji staf, gaji dirinya dan menuduh saya adalah jenis orang yang tak boleh melihat orang lain lebih.
Demi Allah, saya tak buat semua tu, saya hanya pergi dan balik kerja sahaja tapi suami tetap tak berpuas hati.
Dia siap minta kenalan buat laporan polis dan tribunal pengguna tentang saya, siap hantar dokumen SSM dan tangkap layar media sosial perniagaan saya.
Suami apa begitu ya? Dia yang tidur serumah setilam tapi dia yang khianat, sabotaj saya sampai sanggup report polis.
Begitu sekali nak hancurkan perniagaan isteri sendiri, sedangkan dengan duit inilah yang bayar kereta dia.
Depan bukan main baik tapi belakang saya segala cerita buruk keluar untuk dikongsi dengan keluarga saya sendiri betapa jahatnya saya di mata dia.
Dulu pun dia pernah pukul saya tapi saya tak pernah keluar lari dari rumah. Kali ni betul-betul dah tawar hati dan rasa tak selamat untuk balik kepada dia.
Baca juga: “Aku disahkan hidap diabetes masa mengandung, suami nak bercerai sebab dia geli”