“Suami siap cakap dia tak pernah lagi mengemis sebab nak bagi aku dan anak makan, tapi layanan ipar…”

Oleh MAISARAH AISYA

Jangan terlalu membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain kerana setiap individu ada jalan ceritanya tersendiri.

Ini tidak, kehidupan sendiri sudah sempurna serba mencukupi tapi masih nak bandingkan diri dengan mereka yang ada lebih rezeki.

Seorang wanita merasa dirinya kerdil apabila dikelilingi oleh ipar yang semuanya bekerja dengan kerajaan atau ketua pegawai eksekutif sedangkan suaminya hanya kerja kilang.

Di bawah adalah kisah yang dikongsi menerusi Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.

Aku berkahwin dengan suami yang merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Kakak-kakak ipar aku semua kerja kerajaan.

Manakala abang ipar pula memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dekat syarikat besar.

Suami aku pula hanya kerja kilang dan aku adalah suri rumah tangga dengan perniagaan kecil-kecilan serta menjaga dua anak.

Cuma di sini, aku rasa macam tak setaraf dengan kelarga suami, mereka semua bekerjaya, biras aku pula ada yang anak Datuk, kaya raya.

Lepas kahwin, biras tak pernah tegur aku malah dia siap tengok aku atas bawah yang berpakaian hanyalah biasa-biasa sahaja.

Mak mentua pun sekepala dengan ipar aku sebab kutuk aku yang tak bekerja ni jadi aku pun berbincang dengan suami untuk bekerja juga.

Tapi suami tak izinkan sampai kami bergaduh suami isteri, aku tak nak balik rumah mentua sebab malu dan cakap pasal mereka kutuk aku sebab tak kerja.

Suami tak bagi aku layan mentua dengan ipar siap cakap selama ni dia bagi aku nafkah, makan pakaian semua cukup.

Dia siapa cakap dia tak pernah mengemis, pinjam duit orang jadi kenapa aku nak sangat kerja sedangkan dia mampu, dia tak kisah kami dipandang rendah sebab kami masih mampu.

Aku tak tahu kenapa aku rasa malu sangat, rasa macam menyusahkan suami sebab tak kerja tapi mereka tak bersyukur yang aku terima sahaja suami kerja kilang.

Kalau ada kenduri ke apa, kami sekeluarga tak pernah pergi sebab asyik dipandang rendah, asalkan lihat je mesti nak tengok atas bawah.

Baca juga: “Disebabkan cucu sulung, mentua berkeras nak jaga, ingatkan boleh rehat, sampai sekarang aku trauma…”