“Suami siap tuduh tu bukan anak aku sebab beranak czer, kahwin dua tapi harap semua isteri tanggung biawak hidup…”

Oleh MAISARAH AISYA

Entah kenapa masih ada yang menormalisasikan poligami sedangkan sedar diri tak mampu dan hanya berharap duit pasangan untuk kelangsungan hidup.

Siapa sahaja mahu hidup dalam kesusahan, terutamanya yang ada anak tapi suami langsung tak ikhtiar untuk mencari rezeki.

Seorang wanita nekad untuk failkan fasakh terhadap suaminya selepas gagal memberi nafkah serta memarahinya kerana bekerja di tempat jauh.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku ni isteri kedua, baru tamat belajar dan sudah selamat bersalin, semua benda aku tanggung sendiri.

Pantang pun dengan bantuan mak, pernah anak sakit masa pantang, minta duit dengan suami dia dengan senang cakap tak ada, terpaksa aku minta tolong adik-beradik.

Menangis aku, benda penting macam ini pun tak ada duit, macam mana nak besarkan anak, habis pantang aku nekad cari kerja tapi jauh jadi aku bawa anak tinggal dengan aku.

Tapi suami boleh pula marah, katanya susah nak jumpa anak, aku persoal mana duit nak beli pampers dengan susu.

Selamba sahaja dia cakap guna lampin dan susu badan, aku jugalah yang kena penat nak menyental lampin tu nanti.

Suami pula kejap-kejap balik rumah sana, anak nak sekolah la, isteri nak kerja la. Nak cerita susu badan, dah stress tahap nak meroyan, nak tak nak, kena juga beli susu

Dia sampai ugut nak buat laporan polis kalau aku pergi kerja jauh dan tak bagi dia jaga anak. Aku cakap anak aku, akuyang beranak, biar aku yang jaga

Kerja pun tak, anak nak makan apa nanti. Tapi dia dengan kejamnya hina cakap ini bukan anak aku sebab beranak secara pembedahan.

Masuk hospital sebab ada ketumbuhan

Masa anak aku lima bulan, suami masuk hospital sebab doktor kata ada ketumbuhan, aku tak balik, aku hanya hubungi melalui madu aku sahaja.

Sekarang ni dia masih tak kerja, nafkah masih culas, aku terpaksa berhenti kerja sebab anak kerap sakit bila duduk rumah pengasuh dan sampai masuk hospital.

Dan baru-baru ni saya baru pergi mahkamah untuk fail fasakh dan seandainya perkahwinan kami di bubarkan aku pasti akan di kecam.

Mungkin orang yang tak tahu masalah saya bertahun-tahun nikah, bila dah suami macam ni saya tinggalkan pula.

Keluarga saya tak paksa tapi sampai bila saya nak harapkan keluarga saya tanggung, anak pun dah 10 bulan.

Kewangan saya ni ibarat gunung kena tarah hari-hari pun boleh jadi landai.

Baca juga: “Mak mentua kecewa aku jadi suri rumah, sedih tengok anak dia kerja seorang diri cari rezeki”