Sepatutnya mencari rezeki buat keluarga adalah tanggungjawab suami namun terbalik pula dalam kes ini apabila isteri yang menanggung teman hidupnya.
Walaupun sedar segala duit diberi oleh isteri namun sang suami masih mampu berkahwin lain tanpa ada pekerjaan tetap.
Luahan hati ini telah disiarkan di Utusan mengenai apa yang harus dilakukan pihak isteri selepas mengetahui suaminya curang.
Soalan
Suami saya tiada kerja tetap dan kerap tukar kerja. Baru-baru ini saya dapat tahu suami berkahwin lain.
Saya kecewa kerana dia curang terhadap saya, selama ini saya yang membantunya. Bila memikirkan hal ini saya mulai murung.
Jawapan:
Zaman ekonomi yang tidak menentu kini memang boleh menjadi punca bertukar tempat kerja.
Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan nafkah dalam rumah tangga.
Apabila berumahtangga persefahaman perlu ada sejak dari mula lagi. Bagi suami yang bersikap acuh tak acuh soal kerja dan tidak bersungguh-sungguh ini amat menyedihkan.
Ini membuatkan isteri dalam tekanan, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal kewangan dan poligami.
Apa yang perlu puan lakukan:
Kurangkan menghulur wang kepada suami. Beri jika perlu sahaja. Ini bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada isteri.
Tegaskan suami perlu cari kerja tetap. Ini menunjukkan puan serius mahu dia berubah.
Mengenai isu kahwin lain, memang ia dibenarkan Islam tetapi suami tidak harus mengetepikan isteri. Hati isteri mana yang tidak terluka?
Walaupun begitu bangkit dan belajar menerima. Ambil masa, lihat sama ada suami mampu bertanggungjawab atau sebaliknya.
Jika puan rasa emosi tidak terkawal, marah dan tak tenang, luahkan dan minta pandangan dari seseorang yang boleh membantu.
Baca juga: Seronok melaram barang berjenama di TikTok, rupanya ‘maid’ rembat majikan punya