Umum tahu betapa pentingnya nafkah buat isteri dan anak-anak namun masih ada lelaki yang culas bab tersebut.
Apabila suami tidak mampu, maka ada sesetengah isteri yang sanggup tebal muka memintanya daripada keluarga mentua.
Seorang wanita Min (bukan nama sebenar) rela dicaci maki oleh bapa mentua selepas meminta duit apabila suaminya gagal memberi nafkah buat dia dan anak-anak.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Suami aku buat perangai. Selama ni sumpah aku tak tahu dan aku tak sangka jadi macam ni.
Selain tak jujur dengan perkahwinan kami di mana dia ada teman wanita di belakang aku, dia juga suka berjudi online.
Aku memang terkejut. Konon nak hormat privasi suami, aku tak ada belek (lihat) telefon dia langsung dan aku memang beri sepenuh kepercayaan pada dia.
So bila dia kantoi aku memang mengamuklah. Sebab silap aku selama ni kesian sangat kat suami, aku tak kisah guna duit gaji aku tanggung keluarga.
Biasalah kesian kat suami, kan keje siang malam. Terpaksa gelakkan diri sendiri, kena tipu rupanya selama ini.
Jadi selama ni aku minta duit belanja dapur, duit belanja sekolah anak-anak, minta duit beli susu anak, manjang tak ada duit la keje dia kan kaedahnya.
Aku tak tanya dia secara langsung lepas dia kantoi tu, entah macam mana rezeki aku dapat baca telefon dia sebab selama ni ada password.
Aku screenshot siap semua bukti sent kat WhatsApp aku, lepas tu aku padam la apa yang aku sent dari telefon dia tu. Supaya tak tinggal jejak.
Apa aku buat lepas tu, aku minta duit kat dia. Macam biasa dia jawab tak ada duit, maaf. Abang tak ada duit. Ok tak apa. Aku cakap dalam hati. Nanti kau.
So sebabkan suami sendiri heboh tak ada duit bila isteri minta duit untuk kegunaan keluarga sendiri tapi dia boleh berjudi beli jackpot online, dia boleh belanja sakan dengan perempuan simpanan.
Tuntut nafkah dengan bapa mentua, adik beradik lelaki
Apa aku buat? Aku tuntut kat keluarga dia, dimulakan dengan bapa mentua aku, dan di ikuti adik beradik lelaki suami.
Dah suami tak mampu kasi duit belanja makan, duit susu, duit yuran tadika anak. Aku telefon je bapa mentua aku. Yah, nak duit.
“Eh, kau ni nak duit minta kat aku. Minta dekat suami kau lah. Kau berlaki lagi.”
Aku jawab, “dia tak ada duit ayah, jadi ustaz kata kalau suami tak ada duit isteri boleh minta duit nafkah kat waris belah suami.”
Bapa mentua aku bising dah kenapa aku minta duit dekat dia siap cakap aku yang buat anak kenapa dia nak kena tanggung.
Aku pun cakap duit gaji dah habis belanja anak, pergi kerja sampai kena pecah tabung sebab tak cukup duit.
Aku ni tebal muka isi minyak kereta guna duit syiling, nak harap suami memang sah-sah tak berguna.
Bapa mentua sibuk suruh minta suami, aku dah cakap berbuih mulut anak dia tak ada duit nak bagi nafkah, aku apa lagi hantar semua bukti kat dia.
Tak lama lepas tu suami aku hubungi aku marah-marah sebab buka aib dia. Habis tu aku minta duit tak bagi macam-macam alasan, untuk betina tu ada pula duit nak bagi.
Buat benda tak elok auto berduit. Bengang aku! Aku cakap lepas ni minta tak dapat satu kampung dia aku gegar.
Bapa mentua kasi aku RM250. Alhamdulillah lepas beli lauk dengan susu anak. Tapi lepas tu mak mentua call la bising sebab pau laki dia. Aku peduli apa.
Bulan seterusnya, aku minta dia ngelat lagi. Kali ni aku call abang dia. Lebih kurang laa perbualan dengan bapa mentua tu.
Dan seperti jangkaan aku suami aku call lagi. Bertekak jugalah, tapi aku tetap dengan pendirian aku.
Supaya budak petronas tu tak ada sengih-sengih kalau aku nak isi minyak kereta guna syiling atau duit singgit-singgit. Yang penting misi aku tercapai. Aku dapat duit nafkah.
Alhamdulillah jumlah terkumpul antara adik-beradik dia ada lah RM350. Adik laki dia pun aku call juga minta duit. Pandai korang lah tuntut kat dia.
Aku tak kisah dah merela nak cakap apa, dia orang marah aku juga. Kena maki tapi aku dah kebal.
Aku tak ugut mereka, aku cuma cakap kalau cara baik aku tak boleh dapat, aku terpaksa buat tuntutan kat mahkamah untuk nafkah aku anak beranak dan nama mereka sebagai defendan.
Tau-tau masuk duit dalam, rezeki tu. Macam-macam mereka cakap, tapi aku kira nasib baik dapat juga duit poket.
Mental aku koyak dah, aku sebenarnya tak dapat terima suami aku ada betina lain. Sakit tau hati aku.
Puas aku tenangkan diri sebab rasa pengorbanan aku selama ni sia-sia. Macam orang bodoh je ek.
Tak apalah, kalau aku meroyan pun buat habis tenaga buat apa. Baik aku tenang-tenang je. Tunggu masa nak pergi mahkamah je.
Kalau makin teruk perangai macam bodoh lagi. Aku kene stabilkan diri aku, tenang-tenang esok, angkat kaki. Dia nak buat apa, buatlah. Malas dah nak fikir pasal orang lain.
Aku kena fikir tengkuk sendiri sekarang ni. Buat apa-apa kene ada aturan tak boleh main sondol je kang aku yang terciduk.