Suami terkejut dengan permintaan terakhir isteri, nak buat seks dengan bekas kekasih sebelum meninggal

Oleh KIM SYAZIE

Seorang suami terkilan apabila isterinya yang mempunyai beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, membuat permintaan untuk melakukan hubungan intim bersama bekas kekasihnya.

Wanita tersebut dilaporkan hanya mempunyai peluang untuk hidup selama sembilan bulan berikutan menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan.

Oleh sebab itu, wanita itu berani menyuarakan permintaan terakhir yang aneh kepada suaminya.

Kejadian ini difahamkan berlaku di luar negara namun tidak disebut.

Menerusi laporan Tootfab, seorang lelaki mendakwa permintaan isterinya membuatkan dia terkejut, malu dan bersalah untuk memenuhi permintaan terakhir itu.

Kisah suami isteri itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas luahan lelaki tersebut dikongsi di laman sosial Reddit.

“Isteri saya menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Dia dijangka hidup paling lama sembilan bulan.

“Sudah tentu hati saya berkecai, kami telah bersama selama satu dekad. Saya tak dapat bayangkan hidup tanpa dia dan saya tak tahu apa saya akan lakukan selepas dia tiada

.”Saya berusaha melakukan yang terbaik pada hari-hari terakhirnya dan menunaikan segala permintaannya yang boleh ditunaikan,” kongsi individu tersebut

Ujar si suami lagi, dia berasa sangat marah dan dikhianati selepas mendengar permintaan isterinya.

“Sudah tentu saya terkejut dan apabila saya bertanya mengapa dia mahu begitu.

“Pada dasarnya dia fikir bahawa bekas kekasihnya yang paling serasi secara fizikal. Sejujurnya saya sangat marah dan dikhianati sehingga dia bertanya perkara ini kepada saya.

“Saya rasa saya diletakkan pada kedudukan di mana saya perlu mengatakan ya kerana dia sedang nazak.

“Saya sangat terluka kerana hubungan intim dengan bekas kekasih nampaknya sangat baik pada dia sehingga dia perlu melakukannya sekali lagi sebelum dia mati. Saya benci segala-galanya tentang ini,” luahnya.

Baca juga: Gaji RM900 pun gatal kahwin 2, wanita nekad robohkan rumah harga RM90k sampai skandal suami pun menangis