“Suami terlanjur dengan adik aku sendiri masa tengah penat berpantang, luluh hati…”

Oleh NASUHA RAHMAN

Tiada siapa mahukan seorang suami yang curang apatah lagi terlanjur dengan adik sendiri semasa diriku berpantang, anak bongsu pula tu.

Perkahwinan yang dibina berakhir dengan perpisahan akibat kecurangan pasangan. Lebih teruk lagi, pasangan diketahui curang dengan saudara kandung sendiri.

Itulah nasib malang menimpa seorang wanita dari Kuala Lipis yang mahu dikenali sebagai Ry ini apabila dia mendapat tahu suaminya berlaku curang setahun yang lalu.

Lebih perit lagi, lelaki itu telah menduakannya dengan darah dagingnya sendiri!

Suaminya juga dikatakan sanggup ‘makan luar’ dengan adik kandungnya semasa dia dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak bongsu mereka.

Menurut Sinar Harian, ibu kepada empat anak itu pada awalnya tidak percaya suami dan adiknya yang juga di bawah umur pada ketika itu menjalinkan hubungan sulit.

Selepas diasak soalan bertubi-tubi dan mendapat beberapa bukti jelas barulah suaminya mengaku bercinta dengan adik isterinya itu.

Lebih mengecewakan, suaminya juga mengaku pernah terlanjur dengan adiknya itu!

“Ketika mendengar pengakuan itu, hancur luluh hati saya. Tambahan pula saya sedang berpantang anak keempat ketika itu.”

Menurut Ry lagi, suaminya itu seolah-olah lupa pengorbanannya mengandung dan melahirkan zuriat. Namun, mujurlah dia masih dikurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian seberat ini.

“Mujur juga saya tidak meroyan akibat perbuatan terkutuk mereka.”

Dia pada mulanya akui enggan membuat laporan polis kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka yang masih kecil.

Bagaimanapun atas nasihat ahli keluarga dia akhirnya bersetuju untuk berbuat sedemikian untuk memberikan pengajaran kepada suaminya itu.

Kini suaminya dilaporkan berada dalam tahanan penjara di negeri itu atas tuduhan merogol dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman berat. Padan muka, amek kauu!

Ry pula kini sedang dalam proses menuntut cerai dan telah memaafkan perbuatan adiknya yang sudahpun berumah tangga dengan pilihan hati.

“Biarlah saya pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi membesar dan beri pendidikan terbaik buat anak-anak yang berusia setahun hingga 13 tahun.”

Suami tu dah memang tak guna lah kan, tapi adik dia tu sampainya hati! Ishhhh!

Baca juga: Gadis cantik dari Vietnam fasih cakap Melayu buat orang ramai teruja