Malaysia Dateline

Suami tuduh mandul selepas 5 tahun kahwin, akhirnya isteri hamil benih lelaki lain

Seorang doktor mendedahkan beliau pernah diminta untuk menggugurkan kandungan seorang wanita yang berusia 35 tahun selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas lima tahun berkahwin kemudian mengandung dan wanita berkenaan bertindak mahu menggugurkan kandungannya sedangkan beliau sudah sekian lama menunggu kehadiran cahaya mata.

Pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan keluarga yang harmoni terutamanya dengan kehadiran cahaya mata yang sekian lama ditunggu.

Namun begitu, tidak semua pasangan yang berkahwin itu dikurniakan zuriat. Ada pelbagai punca dan masalah, yang pastinya memerlukan persefahaman kedua-dua pihak untuk diselesaikan.

Baru-baru ini seorang pakar perubatan di Twitter berkongsi pengalamannya dalam berhadapan dengan pesakit yang merupakan seorang isteri yang datang untuk menggugurkan kandungannya.

Menurut doktor Ahmad.RZ, beliau merasa sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa anak yang dihamilkan oleh wanita itu merupakan hasil benih hubungan terlarang dengan lelaki lain.

Dalam perkongsian lanjutnya, wanita itu difahamkan sudah berkahwin selama lima tahun, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Mengapa wanita itu membuat hubungan terlarang, menurutnya wanita berkenaan sangat tertekan kerana sering dituduh mandul sedangkan suaminya tidak pernah menjalani pemeriksaan kesuburan.

“Sy pernah diminta utk gugurkan kandungan. Seorg wanita 32 thn yg sudah 5 thn kahwin tanpa zuriat, akhirnya mengandung tp dgn benih lelaki lain, tanpa suami mengetahuinya. Ini kerana dia tertekan sbb dituduh mandul, sdgkan si suami tak pernah jalani pemeriksaan,” ciap doktor itu.

Suami wanita itu jugak selama perkahwinan tersebut berlangsung tidak pernah mengikuti pemeriksaan kesuburan, sebaliknya hanya tahu menyalahkan isterinya.

Wanita itu kemudian menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sehingga hamil, diluar pengetahuan suami sendiri.

Namun begitu, pakar perubatan itu menolak keinginan wanita itu yang mahu menggugurkan kandungan tersebut kerana tiada masalah kesihatan yang dialami.

Wanita itu kemudian dirujuk kepada kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian yang baik.

Pakar perubatan itu juga sempat memberi nasihat kepada pembaca agar setiap masalah yang dihadapi dalam rumah tangga jangan sesekali meletakkan kesalahan dan beri tekanan kepada pasangan, sebaliknya cari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin.

Baca juga: Pemuda Malaysia pungut sampah di Singapura terima gaji RM10,000 sebulan

Baca juga: Bapa tukar kabin trak kepada tema puteri, mahu anak selesa semasa ikut mereka bekerja