Ucapan keras Anwar depan muka Joe Biden dikecam Mossad Israel, kemenangan buat Malaysia!

Oleh WAN SITI AMINAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar baru-baru ini mencuri perhatian dunia apabila berani mengutuk kekejaman Israel di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Tegasnya, negara-negara kuasa besar termasuk Amerika Syarikat tidak boleh menentukan pendirian Malaysia dalam menyatakan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Ucapan Anwar itu bagaimanapun tidak disiarkan secara langsung untuk tontonan umum kerana Amerika Syarikat cuba mengawal kandungan media yang dikeluarkan.

Namun siapa sangka, ucapan Anwar yang sempat dirakam oleh jurukameranya itu berjaya meraih perhatian dunia terutamanya di kalangan pengguna media sosial Israel.

Mengundang perbincangan hangat, perkara ini dapat dilihat menerusi perkongsian dibuat oleh pelayar laman X yang menggunakan akaun Mossad Commentary.

Walaupun mereka jelas tidak bersetuju dengan apa diutarakan, namun usaha Anwar untuk menyuarakan sokongan Malaysia terhadap Palestin nampaknya tidak sia-sia.

Terdahulu, Anwar menyuarakan pendirian itu dalam sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di San Francisco.

Menurutnya, APEC sebagai forum di peringkat antarabangsa seharusnya mampu memulihkan dan mencegah peristiwa berdarah seperti yang berlaku di Gaza saat ini.

Di hadapan Biden, Perdana Menteri turut memberi tekanan bahawa pemimpin dunia seharusnya memberikan keutamaan kepada keamanan dan hak kemanusiaan.

“Kami telah diminta untuk mengutuk pencerobohan Rusia di Ukraine, tetapi ada yang tetap membisu terhadap kekejaman yang menimpa rakyat Palestin, khususnya. 

“Berhenti membunuh wanita dan kanak-kanak, sekarang! Kerana setiap hari yang berlalu, bermakna lebih banyak bayi akan dibunuh. kemudian Israel akan mengejar penyelesaian akhir. 

“Saya menyatakan ini kerana penting bagi APEC untuk memahami dan bekerjasama; kepercayaan antara negara-negara anggota.

“Jika kita gagal (tetapi) tidak sepenuhnya (jika) kita menyatakan komitmen dalam dokumen (APEC); isu Ukraine dan Palestin seluruh dunia akan melihat pengekangan.” Tegas Anwar.

Baca juga: Padah sebar fitnah, MP Pas berstatus ‘ulama’ terima surat saman dari Fadhlina