Subsidi minyak: Kerajaan buat ‘u-turn’ tidak ikhlas

Subsidi minyak: Kerajaan buat ‘u-turn’ tidak ikhlas

Kerajaan didesak agar  memperkenalkan terus harga siling pada paras RM2.30 seliter dan membiayai subsidi mingguan berbanding janji untuk  membatalkan syarat harga RON95 mesti kekal melebihi RM2.50 seliter untuk 3 bulan berturut-turut sebelum mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

“Jumlah kutipan tahunan GST ke atas RON97 yang dianggarkan RM68 juta digunakan untuk membayar subsidi untuk menurunkan harga RON95 dan diesel ke paras bawah RM2.30 seliter.

“Jumlah terkumpul lebihan pendapatan akibat kenaikan harga minyak mentah dunia yang dianggarkan sudah melebihi RM2.5 bilion digunakan serta merta untuk menanggung kos subsidi RM47 juta seminggu untuk menurunkan (dan mengekalkan) harga minyak pada harga siling RM2.30 seliter,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razaksemalam, bahawa Kerajaan Persekutuan akan mula memperkenalkan kembali subsidi minyak sekiranya harga RON95 dan diesel kekal melebihi paras RM2.50 seliter bagi tiga bulan berturut-turut.

Kata Rafizi lagi, walaupun beliau lega dengan pengumuman itu, namun ujarnya lagi, selama ini kerajaan menolak usaha dilakukan pembangkang untuk mengembalikan subsidi minyak kepada rakyat.

“Kerajaan mengkritik keras tindakan menghapuskan subsidi kerana itu samalah seperti Kerajaan Persekutuan membolot kesemua untung dari kenaikan harga minyak apabila sebahagian lebihan pendapatan (akibat kenaikan harga minyak itu) langsung tidak dikembalikan dalam bentuk subsidi minyak untuk dinikmati semua.

A”lasan bahawa keuntungan itu dikembalikan dalam bentuk BR1M tidak boleh dipakai, kerana alasan yang sama digunakan untuk menerangkan kenapa GST dikutip.

“Pada saya, apa-apa yang dibayar sebagai BR1M adalah melalui GST dan seharusnya sebahagian lebihan pendapatan akibat kenaikan harga minyak dikembalikan dalam bentuk subsidi minyak,” ujarnya.

Terang Rafizi lagi anggaran beliau menunjukkan sejak 1 Januari 2017, kerajaan telah mengutip lebihan pendapatan sebanyak sekitar RM2.5 bilion akibat kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Anggaran ini tidak banyak berbeza dengan jawapan yang diberikan Menteri Kewangan Kedua, iatu setiap kenaikan USD1 harga minyak mentah dunia akan menyumbang sekitar RM300 juta setahun kepada Kerajaan Persekutuan,” ujanrnya.

Menurut Rafizi lagi, beliau amat kesal apabila kementerian kewangan hanya akan memperkenalkan subsidi bersama-sama harga siling RM2.50 sekiranya harga RON95 dan diesel kekal melepasi RM2.50 selama 3 bulan berturut-turut.

“Setiap kali harga RON95 jatuh di bawah paras RM2.50 seliter walaupun minggu-minggu lain kekal di atas RM2.50, itu akan “reset” perkiraan 3 bulan berturut-turut dan membolehkan Datuk Seri Najib menyimpan lebihan pendapatan tanpa memulangkan satu sen pun subsidi minyak.

“Contohnya, jika harga pada minggu 1=RM2.64/l, minggu 2=RM2.58/l, minggu 3=RM2.43/l dan minggu 4=RM2.81/l; syarat “mesti kekal melebihi 3 bulan berturut-turut” akan menyebabkan jam harga itu ditetapkan pada permulaan minggu yang baru (reset).

“Jadi, saya tidak menolak walaupun bunyinya ada kesediaan di pihak Datuk Seri Najib untuk memberikan kembali subsidi, helahnya ialah besar kemungkinan itu tidak akan berlaku kerana untuk mengekalkan harga minyak melebihi USD64 se-tong secara berterusan selama 3 bulan, satu krisis dunia yang besar telah pun berlaku.

“Malah, jika pun harga minyak mentah kekal melebihi USD64 se-tong selama 3 bulan berturut-turut, pentadbiran Dato’ Seri Najib telah mengutip RM4.2 bilion sejak 1 Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk subsidi.

“Sebab itu saya mengecam sikap tidak ikhlas yang acuh tidak acuh ini dalam membantu meringankan bebanan rakyat. Tindakan menunggu sehingga lebihan pendapatan mencecah sekurang-kurangnya RM4.2 bilion sebelum mahu diperkenalkan kembali subsidi adalah mementingkan diri, apatah lagi kos subsidi untuk menurunkan 10 sen harga RON95 hanyalah sekitar RM47 juta seminggu (atau RM2.4 bilion setahun).

“Jadi, saya tidak menolak walaupun bunyinya ada kesediaan di pihak Datuk Seri Najib untuk memberikan kembali subsidi, helahnya ialah besar kemungkinan itu tidak akan berlaku kerana untuk mengekalkan harga minyak melebihi USD64 se-tong secara berterusan selama 3 bulan, satu krisis dunia yang besar telah pun berlaku.

“Malah, jika pun harga minyak mentah kekal melebihi USD64 se-tong selama 3 bulan berturut-turut, pentadbiran Dato’ Seri Najib telah mengutip RM4.2 bilion sejak 1 Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk subsidi,” terangnya.

Mahu rakyat menilai

Naib Presiden PKR itu berkata, dengan keputusan kerajaan akan mengembaikan subsidi minyak kepada rakyat, beliau mahu rakyat menilai secara terperinci fakta-fakta harga minyak, pendapatan lebihan Kerajaan Persekutuan dan kos untuk menurunkan harga minyak RON95 dan diesel.

Tujuannya untuk menilai sendiri betapa mudahnya untuk menurunkan harga minyak tetapi tidak diendahkan oleh Najib selama ini.

Rafizi turut melampirkan pengiraan yang beliau mahu rakyat mengkongsikan sebagai fakta desakan pembangkang agar kerajaan mengembalian subsidi minyak.

Fakta-fakta tersebut yang disenaraikannya:

1.Berapakah harga minyak mentah dunia (Brent) yang akan menyebabkan harga RON95 ditetapkan pada RM2.50 seliter?
Menggunakan data-data harga RON95 yang telah ditetapkan selama 6 bulan dibandingkan harga minyak mentah dunia pada minggu yang sama, satu model statistik dapat dibangunkan untuk meramalkan pada harga minyak mentah yang berapa yang menyebabkan harga RON95 ditetapkan pada RM2.50 seliter?

Kiraan saya menunjukkan bila harga minyak mentah dunia mencecah USD64 se-tong, formula yang dipakai pentadbiran Dato’ Seri Najib akan menetapkan RON95 pada harga RM2.50 seliter.

Harga pada hari ini ialah USD62.16 se-tong dan bulan ini, minyak mentah pernah mencecah USD64.27 se-tong. Ini bermakna, prospek harga RON95 semahal RM2.50 seliter bukanlah satu yang luar biasa dan boleh berlaku dalam minggu-minggu akan datang.

2.Berapakah keuntungan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan setiap kali harga minyak mentah dunia naik?
Saya telah menunjukkan sebelum ini pada puratanya bagi setiap kenaikan USD1 dollar se-tong, sekitar 40% dari kenaikan itu akan dibayar terus kepada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti, cukai petroleum, duti dan lain-lain. Ini tidak termasuk keuntungan PETRONAS, cukai-cukai lain dan dividen yang dibayar.

3.  Adakah Dato’ Seri Najib akan beri subsidi selepas ini dan harga RON95 akan kekal pada RM2.50 sahaja sebagai harga silingTidak.

Saya cukup kesal apabila kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pentadbiran Dato’ Seri Najib hanya akan memperkenalkan subsidi bersama-sama harga siling RM2.50 sekiranya harga RON95 dan diesel kekal melepasi RM2.50 selama 3 bulan berturut-turut.

Maka, setiap kali harga RON95 jatuh di bawah paras RM2.50 seliter walaupun minggu-minggu lain kekal di atas RM2.50, itu akan “reset” perkiraan 3 bulan berturut-turut dan membolehkan Dato’ Seri Najib menyimpan lebihan pendapatan tanpa memulangkan satu sen pun subsidi minyak. Contohnya, jika harga pada minggu 1=RM2.64/l, minggu 2=RM2.58/l, minggu 3=RM2.43/l dan minggu 4=RM2.81/l; syarat  “mesti kekal melebihi 3 bulan berturut-turut” akan menyebabkan jam harga itu ditetapkan pada permulaan minggu yang baru (reset).

5.0
OVERALL SCORE
2 user votes x 7.5