Subsidi RON95 sebanyak 30sen seliter bagi kereta 1,500cc dan motosikal 125cc

kerajaan juga akan memberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter kepada pihak yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah serta motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Semasa membentangkan belanjawan yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’, Lim berkata subsidi itu terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.

Katanya, mekanisme baharu itu dijangka dilaksanakan bermula suku kedua tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

Menurutnya lagi, mekanisme subsidi itu dijangka dapat memanfaatkan seramai empat juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Bagi meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan, Lim berkata kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).

COMMENTS

Wordpress (0)