Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Suburkan keharmonian dan perpaduan kaum

Suburkan keharmonian dan perpaduan kaum

SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 22, 2020 11:22 am




Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus mengingatkan masyarakat Malaysia untuk menjadikan agenda memperkasa perpaduan kaum sebagai proses berterusan yang tiada titik nokhtahnya.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, berkata, sebagaimana keamanan yang dikecapi hari ini, ia merupakan satu nikmat di mana pelbagai kaum dapat bersatu dalam satu negara dan mencapai kemakmuran secara bersama tidak kira Melayu, Cina, India dan kaum lain.

“Keharmonian dan perpaduan kaum yang kita bina selama ini adalah hasil pelbagai pengalaman menguruskan perbezaan sejak merdeka lagi.

“Tahun Baru Cina dan apa apa perayaan di Malaysia ini, kita sebagai rakyat Malaysia raikan bersama sama. Inilah bukti perpaduan di Malaysia bukan retorik semata mata.

“Yang penting kita hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan nasihat ini hendaklah sentiasa diulang ulang agar ia akan terus tertanam dalam minda anak cucu generasi kita,” katanya.

Raja Kamarul  Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan  Terengganu  berkata demikian dalam Majlis Meraikan Malam Perayaan Menyambut Tahun Baru Cina 2020, Tahun Tikus, di Kampung Tiong, Kampung Cina Kuala Terengganu yang dirasmikan oleh ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim malam tadi.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ketika berucap pada Majlis Meraikan Malam Perayaan Menyambut Tahun Baru Cina 2020, Tahun Tikus, di Kampung Tiong, Kampung Cina Kuala Terengganu.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production