Pernah terkenal dengan lagu ‘Teringin’, ‘Setelah Aku Kau Miliki’, penyanyi Shima mengaku sudah tidak mengenakan tudung sejak tiga tahun lalu.
Bukan suka-suka, Shima tau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman membuat keputusan tersebut selepas menghidap penyakit migrain kronik.
Tidak hanya itu dia juga sudah mendapatkan nasihat doktor dan berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan melepaskan tudung lapor Kosmo! Online.
“Sebenarnya saya sudah lama tak pakai tudung lebih tiga tahun dah. Mungkin kehidupan saya kini agak ‘private’ dan jarang muncul di mana-mana program, jadi orang tak tahu.
“Bukan suka-suka saya buat semua ini. Semuanya atas faktor kesihatan sebab saya selalu menghadapi migrain, jadi saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang.
“Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung.
“Bukan saya sengaja enggan menutup aurat,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Sedar akan menerima kritikan daripada netizen, Shima bagaimanapun berlapang dada dengan setiap komen diberikan kepadanya.
“Apabila saya buat keputusan untuk tidak pakai tudung, memang dah jangka ramai akan mengata tapi saya abaikan sahaja.
“Saya dah lali dengan semua itu. Bukannya saya baru bertapak dalam industri.
“Lagipula netizen tidak tahu cerita sebenar macam mana, biarkanlah mereka yang penting masih ada peminat yang memberikan semangat.
“Selebihnya, terpulanglah kepada mereka mahu tuduh saya apa sahaja, itu antara mereka dengan Allah,” tuturnya.
Baca juga: Ustaz Azhar Idrus jawab hukum lelaki ‘saje-saje’ buka baju duduk tepi jalan