Sudah cecah 100,000 ahli seluruh negara, kata Presiden AMANAH

Sudah cecah 100,000 ahli seluruh negara, kata Presiden AMANAH
Mohamad ketika ditemui media semalam.

Keahlian AMANAH seluruh negara telah mencecah melebihi 100 ribu ahli setakat ini, kata Presidennya, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, keahlian AMANAH turut menggalakkan khususnya di negeri Kelantan apabila ia mencatatkan peningkatan yang amat menggalakkan.

“Pada bulan Disember yang lalu, AMANAH menerima keahlian seramai 5,000 ahli dari Kelantan.

“Manakala 40 perarus dikalangan mereka adalah terdiri dari ahli Pas.

“Secara jelas ia memperlihatkan penerimaan AMANAH begitu menggalakkan, ” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Servis Honda Impian X di Kepala Batas semalam.

Tegasnya, sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei yang lalu, keahlian AMANAH adalah sekitar 80 ribu hingga 90 ribu sahaja.

Namun begitu katanya, ia meningkat secara mendadak selepas PRU ke 14 yang lalu.

“Walaupun AMANAH baru saja mencecah tiga tahun, ia telah berjaya mencatat penambahan ahli dengan memberangsangkan.

“AMANAH tetap mempertahankan dasar kekal bersama Islam serta bersifat inklusif.

“Ini memperlihatkan AMANAH semakin diyakini dan terus mendapat sokongan rakyat, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu tambahnya, usaha bagi meningkatkan keahlian AMANAH akan tetap dilipatgandakan dan berterusan.

Turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Keiichi Yasuda; Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd  Datuk Seri Tan Hui Jing; Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman, Adun Permatan Pasir Faiz Fadzil  dan Aduni Bertam  Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Mohamad Sabu selepas majlis perasmian pusat servis dan pameran Honda Impian X di Kepala Batas semalam.