Malaysia Dateline

Sudah ramal saman ditarik balik

Dikhabarkan presiden parti ehem telah menarik balik saman fitnah beliau ke atas Puan Claire dan Sarawak Report (SR).

Komen saya:
a. Dari awal saya dah ramal beliau akan tarik balik saman itu. Nampaknya betul ramalan saya kali ini. Kenapa saya ramal begitu, maaf tak boleh cakap di sini.

b. Dikhabarkan kes ditarik balik tanpa perintah kos. Maknanya segala bayaran yang dibayar kepada peguam presiden parti ehem yang banyak itu biasanya tak dapat semulalah.

c. Biasa orang menang kes fitnah di London lagi dapat duit banyak. Tapi dalam kes ini nampaknya tak bicara maka dah tentu tak menang. Yang lebih best lagi duit dah banyak keluar walaupun belum bicara jauh sekali menang.

d. Bila saman fitnah dan tak diteruskan, logiknya tak dapat dipastikan apa yang dikatakan oleh SR itu fitnah atau tidak.

e. Bila kes tak jalan dan ditarik balik maknanya itu bukan dikira menang. Bila tak menang maknanya tak boleh kata apa yang disiarkan oleh SR adalah confirmed fitnah.

Apatah lagi dalam terma penyelesaian yang saya baca, tiada pun sebaris ayat SR tarik balik tuduhan atau minta maaf yang mungkin boleh ditafsir sebagai satu “concession” atau pengakuan apa yang disiarkan oleh SR adalah fitnah.

f. Apabila tarik balik kes dalam keadaan sebelum ini dilapor media audio “ana tahu” tidak dibantah jadi keterangan ia menimbulkan spekulasi bahawa isi audio itu mungkin sahaja tiada yang lain kecuali benar belaka

g. Saya rasa ahli bawah parti ehem mahukan kes itu dibicarakan tapi nampak kini harapan hanya tinggal harapan. Tak mengapa derma untuk perjuangan Islam atas ruh wala’ akan dikira satu amalan baik.