Sudah RM21,000 sumbangan diterima, AWAN seru terus bantu petugas Covid-19

Sudah RM21,000 sumbangan diterima, AWAN seru terus bantu petugas Covid-19

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) mengajak semua rakyat Malaysia untuk turut sama menyalurkan sumbangan sebagai tanda prihatin kepada petugas barisan hadapan yang memerangi wabak Covid-19.

Pengarah Komunikasinya, Anis Afida Mohd Azli berkata, sejumlah RM21,000 kutipan telah diterima daripada pelbagai penyumbang sejak dilancarkan pada 22 Mac lalu.

“Sehingga kini sumbangan daripada orang ramai masih lagi diperlukan bagi sama-sama membantu melancarkan urusan pihak hospital dan pusat kuarantin yang kritikal.

“Kutipan yang diterima akan digunakan untuk membeli empat barang yang utama iaitu topeng muka, pelindung muka dan baju hujan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, senarai hospital dan pusat kuarantin yang termasuk dalam kategori kritikal di seluruh negara akan diutamakan untuk pengagihan sumbangan tersebut.

Selain itu, AWAN juga, katanya, sedang menggerakkan projek kedua yang menumpukan kepada 500 ibu tunggal dan warga emas yang tinggal bersendirian.

“Bantuan berbentuk wang tunai akan disasarkan untuk projek kedua itu nanti,” kata Anis lagi.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun berikut:

MAYBANK WANITA AMANAH NASIONAL (Ref: COVID-19)
5648 9212 4612