Sudah selesai mengundi? Ini 12 promosi makanan yang perlu anda cuba sempena PRN

Oleh MAISARAH AISYA

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Jadi bagi mengalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi, pelbagai rangkaian restoran makanan segera membuat promosi untuk makanan dan minuman.

Selepas beratur di tengah pantas, boleh cepat-cepat pergi ke mana-mana restoran makanan segera yang terlibat dengan promosi dan belanja diri anda.

Menurut HalalFoodie, ini adalah 12 senarai promosi bersempena PRN 2023.

Starbucks

Bagi yang jarang membeli air keluaran Starbucks dek kerana harga yang mahal, anda boleh gunakan promosi ini mencubanya.

Promosi harga sebanyak 50 peratus untuk air kedua dengan pembelian air pertama. Pada 12 Ogos, sepanjang hari.

Tealive

Bayangkan lepas penat beratur sampai berjam lamanya, dapat pula air yang menyejukkan tegak, harga pun murah.

Promosi PRN 6 negeri dengan 6 pilihan minuman berharga RM 6.00! Dari 24 Julai hingga 13 Ogos.

A&W Malaysia

Promosi untuk pengundi atau bukan pengundi. Bukan pengundi maknanya untuk negeri yang dah mengundi sebelum ini, pastikan anda jalankan tanggungjawab anda.

A&W belanja semua Root Beer Regular dengan harga RM1! Pada 12 Ogos, sepanjang hari.

Texas Chicken

Beli satu percuma satu ‘Crunchy Jalapeno Wrap’ dari 11 hingga 14 Ogos.

CU Mart

Promosi aiskrim soft serve kedua, peach tea kedua dan grapefruit tea kedua dengan harga RM1! Dua Milo tin juga hanya berharga RM6 sahaja.

Burger King

Tunjuk jari berdakwat dan dapat percuma Coca Cola.

Boat Noodle

Promosi satu undian, satu mangkuk boat noodle percuma.

US Pizza

Promosi 50% untuk semua menu ala-carte, dine-in sahaja!

Dominos Pizza

Promosi beli satu Regular Pizza dan dapat harga RM1 sahaja untuk pizza Large.

Sushi King

Tunjuk jari berdakwat dan percuma Goma Lidako Trio dengan pembelian sushi yang lain. Promosi dari 12-13 Ogos.

Pizza Hut

Beli Regular Cola Pizza dan percuma satu pizza Large!

J.CO

Tunjuk jari berdakwat dan dapat percuma Americano untuk 100 pelanggan pertama.

Tunggu apa lagi semua, cepat dapatkan makanan pilihan anda selepas menunaikan tanggungjawab.

Baca juga: Sebelum mengundi, ini 5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang PRN esok