Sudah terbukti bot-bot nelayan Vietnam ceroboh, apa tindakan kerajaan?

Sudah terbukti bot-bot nelayan Vietnam ceroboh, apa tindakan kerajaan?

 

Kerajaan digesa memberikan tumpuan terhadap permasalahan dan keselamatan bot-bot nelayan tempatan kerana pencerobohan oleh bot-bot nelayan Vietnam di perairan negara kini sudah terbukti setelah menjadi viral di media sosial.

 

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Kerajaan digesa memberikan tumpuan terhadap permasalahan dan keselamatan bot-bot nelayan tempatan kerana pencerobohan oleh bot-bot nelayan Vietnam di perairan negara kini sudah terbukti setelah menjadi viral di media sosial.

Pecerobohan bot-bot nelayan Vietnam ini menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan sekaligus ia dilihat tidak memberikan kesan kepada cadangan kerajaan untuk menaikkan pendapatan nelayan kepada RM5,000 sebulan menjelang tahun 2020.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, cadangan pembangkang di Parlimen agar kerajaan menggunakan ‘drone’ untuk mengawal bot-bot haram nelayan Vietnam tidak diendahkan kerajaan.

Baru-baru ini ujarnya telah dirakamkan  situasi di mana bot-bot haram nelayan Vietnam  berada di persisir pantai negara untuk menangkap ikan oleh seorang pengguna laman facebook.

“Cadangan kami untuk mengunakan ‘drone’ iaitu sebuah kapal terbang kecil pemantau, tidak diterima dan diperlekehkan menteri (Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek,Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) di Parlimen.

“Sekarang ini nelayan sendiri telah mengambil rakaman video bot haram Vietnam menceroboh yang telah diviralkan.

“Ramai yang telah melayari laman internet ini telah melihat kejadian berlaku.

“Apa lagi bukti menteri nak tuntut dari nelayan hari ini?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

 

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Mie Ngail itu  menunjukkan beberapa bot nelayan yang dipercayai bot-bot haram nelayan Vietnam sedang berada di perairan negara menangkap ikan.

Justeru katanya lagi, cadangan Ahmad Shabery belum tentu mencapai matlamatnya sekiranya masalah utama tidak diatasi sewajarnya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Janganlah lari daripada tanggungjawaba utama dan cuba mengalih pandangan kepada projek baru dengan janji kepada nelayan pendapatan RM5,000 sebulan yang tidak munasabah dan realistik.

“Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran kerana akibatnya akan ditanggung oleh nelayan tempatan yang sudah lama tergolongan diantara golongan termiskin di negara ini.

“Bilakah nasib nelayan tempatan akan terbela dengan kesungguhan politik- political will kerajaan BN?” soalnya lagi.

Sebelum ini di Parlimen, Raja Kamarul Bahrin pernah mencadangkan agar kerajaan meningkatkan rondaan keselamatan ekoran  kekurangan peruntukan minyak untuk bot peronda oleh kerajaan.

“Sudahlah bot rondaan pihak berkuasa usang dan berusia lebih dari 40 tahun berbanding dengan bot nelayan Vietnam yang berkuasa tinggi, peruntukan minyak pun tidak mencukupi. Penyelerasaan di antara pihak-pihak penguatkuasa Marin Laut, Jabatan Perikanan dan Polis Marin amat mendukacitakan dengan masing-masing menyalahkan satu sama lain tanpa penyelesaian sehingga kini.

“Mereka pula meminta nelayan memberi bukti yang lengkap di tengah-tengah laut untuk mereka bertindak dengan gambar dan bukti lain yang cukup untuk mendapatkan perhatian kerajaan,” ujarnya walaupun gambar telah dihantar tetapi tiada tindakan sewajarnya pula diambil kerajaan.

Artikel Berkaitan: Menteri tiada kesungguhan politik tanggani isu nelayan tempatan

TAGS