Sudah tiba masanya Anwar kembali berkhidmat untuk rakyat, kata Pemuda AMANAH Kedah

Asmirul Anuar Aris

Pemuda AMANAH Negeri Kedah seiring dengan kepimpinan AMANAH Nasional dan Negeri Kedah sedia membantu bagi kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, sokongan terhadap Anwar adalah sebagai semangat sepasukan Pakatan Harapan (PH).

Asmirul juga berkata, kepimpinan serta kewibawaan Anwar dalam pentadbiran negara ini amat dialu-alukan bagi membantu memulihkan negara bersama-sama dengan kepimpinan Tun Mahathir.

“Kedua-dua pemimpin ini berpengalaman mentadbir negara.

“Mereka juga turut mempunyai hubungan yang baik di peringkat antarabangsa.

“Justeru itu gabungan mantap tersebut mampu untuk membawa manfaat yang besar kepada rakyat dan juga negara ini, ” jelasnya lagi.

Malah ujarnya, tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson oleh Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah merupakan tindakan terbaik bagi memberi ruang kepada Anwar untuk kembali sebagai Ahli Parlimen.

“Sekaligus ini membuktikan PH telah mengotakan janji sebagai kerajaan Malaysia Baru yang mengikut proses demokrasi berperlembagaan.

“Rakyat yakin dengan kemampuan dan kredibiliti Anwar akan mampu untuk memulihkan ekonomi negara bersama-sama dengan Tun Mahathir.

“Bebanan hutang negara yang mencecah RM1 trilion akan dapat direalisasikan dengan bermulanya PRK Parlimen Port Dickson tidak lama lagi, ” tambahnya.

Selain itu tegasnya, ‘come back’ Anwar ke Parlimen mampu mengangkat kembali pentadbiran negara ini sehingga ke persada dunia.

Oleh kerana itu katanya adalah menjadi harapan PRK kali ini akan memberi kemenangan besar kepada Anwar sebagai calon yang mendokong PH.

Asmirul (berkaca mata) dibelakang Anwar semasa hari penamaan calon PRK Port Dickson pada Sabtu lepas.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS