Presiden AMANAH Mohamad Sabu menegaskan parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan sekarang ini sudah menjadi ‘pekak dan bisu’ bahkan khayal diulit kuasa
Bukan sahaja pekak, katanya pemimpin kerajaan hari ini juga sudah khayal akibat diulit kuasa sehingga tiada lagi suara membela nasib rakyat yang dihimpit dengan berbagai-bagai masalah.
“Masalah rakyat, kenaikan harga barang yang mendadak telah menekan kehidupan mereka begitu juga masalah air di Kelantan, kerajaan diam dan bisu.
“Isu agama yang dimainkan semasa PH memerintah semuanya sudah tiada dalam kamus perjuangan mereka. Apa nak jadi pada negara?” soal Mohamad Sabu.
Beliau berkata demikian dalam ceramah di Kg Kubang Pak Amin, Pasir Mas malam tadi selepas lebih dua tahun tidak dapat bertemu kerana pandemik COVID-19.