Suee Lim dan  Khairuddin dilantik Speaker, Timbalan Speaker Dun Selangor

Suee Lim dan Khairuddin dilantik Speaker, Timbalan Speaker Dun Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilantik secara rasmi menjadi Speaker serta Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Pelantikan Speaker itu dicadang bekas meneri besar Datuk Seri Mohd Azmin Ali dan Adun Sungai Tua, Amirudin Shari serta disokong Adun Bandar Baru Klang yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Kim.

Chang Kim pula mencadangkan supaya Mohd Khairuddin dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan ia disokong Adun  Kota Kemuning yang juga Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin V Ganabatirau.

Suee Lim dan Mohd Khairuddin mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sambil disaksikan Setiausaha Dewan Negeri Selagor.

Majlis Angkat Sumpah Dun Negeri Selangor yang melibatkan 56 Adun berlangsung pagi ini dan dimulakan oleh Mohd Azmin Ali diikuti Amirudin Shari, lapor Selangorkini.

Menteri Besar Selangor yang juga Adun Sungai Tua Amiruddin Shari  menandatangani watikah selepas mengangkat sumpah hari ini di Dun Selangor bagi penggal baharu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS