Malaysia Dateline

Suhaizan bebas

Suhaizan bebas tuduhan anjur himpunan haram

Bekas Ketua Pemua Pas Johor Suhaizan Kayat hari ini dibebaskan daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan haram, lima tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Hakim Sesi Mohd Fauzi Nasir membenarkan permohonan peguam Suhaizan, Faiz Fadzil agar beliau dibebaskan.

Suhaizan yang kini merupakan Setiausaha Organisasi AMANAH Nasional dituduh menganjurkan “Himpunan Tanah Rakyat” di  depan Plaza Angsana, Johor Bahru pada tahun 2012 tanpa memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Beliau menghadapi denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Ketika itu Suhaizan juga merupakan exco Pemuda Pas Pusat di bawah Ketua Pemuda Nasruddin Hassan.

Perbicaraan kes ini ditangguhkan sebanyak enam kali sebelum keputusan hari ini.

“Terima kasih atas doa dan sokongan semua,” kata Suhaizan ketika dihubungi Malaysia Dateline.