Suhaizan cadang diwujudkan Ahli Dewan Negeri Belia dalam Dun Johor

Suhaizan Kaiat (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tan Sri Mohamad Aziz (tiga dari kanan)

Speaker Johor yang baharu dilantik Suhaizan Kayat mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor mengwujudkan Ahli Dewan Negeri Belia Johor.

Beliau berkata, Ahli Dewan Negeri Belia ini akan diletakka di bawah pejabat Speaker Johor.

Cadangan itu ujarnya, telah pun disampaikan kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz.

“Tan Sri memandang serius berkenaan dengan cadangan yang dibawa kepada beliau.

“Selain mewujudkan Ahli Dewan Negeri Belia, cadangan lain yang dibawa adalah melantik pegawai penyelidik bagi Adun-Adun agar menjadi sumber kepada hujahan Adun di dewan,” ujar Suhaizan Kaiat.

Beliau ditemui ketika mengadakan ‘courtesy call (lawatan hormat)’ bertemu dengan mantan Speaker Dewan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz di Sri Gading Batu Pahat Johor semalam.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam itu membincangkan berkenaan dengan perjalanan Dewan Negeri dan beberapa perkara pokok dalam hal tersebut.

Suhaizan juga berkata pertemuan dengan mantan Speaker itu memberangsangkan dan sangat baik kerana banyak pengalaman yang diambil dari Mohamad.

Tan Sri Mohamad Aziz turut berpesan kepada Suhaizan bahawa Pakatan Harapan(PH) adalah kerajaan bukan lagi pembangkang.

Selain itu beberapa cadangan yang dilontarkan Suhaizan kepada Mohamad Aziz diterima baik.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor yang juga merupakan Adun Penggaram YB Gan Peck Cheng.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS