Suhaizan jual aiskrim untuk Adik Aaira

Suhaizan jual aiskrim untuk Adik Aaira

Prihatin terhadap seorang anak kecil seperti adik Siti Nur Aaira Ameera Mohd, 6 bulan, telah diterjemahkan dengan pelbagai cara bagi mendapatkan sumbangan kepada beliau.

Adik Aaira yang mengalami masalah kegagalan hati (billary atresia) memerlukan kos sebanyak RM 250,000 untuk pembedahan penyakit tersebut.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Suhaizan Kaiat berkata, antara usaha yang dilakukan adalah dengan mencari sumbangan amal daripada orang ramai.

“Adik Aaira dalam keadaan yang kritikal dan pembedahan perlu segera dibuat di China. Untuk tujuan itu usaha yang dilakukan adalah dengan pelbagai cara.

Ab Halim

“Hari ini kami menjual aiskrim bagi bertujuan mencari sumbangan sebanyak mungkin daripada orang ramai dan hasil jualan kesemuanya akan diserahkan kepada tabung adik Aaira.

“Harapan dalam program ini agar apa yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga adik Aaira,” ujar Suhaizan ketika ditemui dalam program Aiskrim Untuk Aaira.

Menurut seorang penduduk di Kampung Serkat, Pontian ini, Ab Halim, 63, program yang dianjurkan ini sangat memberi perangsang yang baik kepada adik Aaira.

“Usaha ini sangat baik dan ia perlu dipergiatkan lebih lagi bagi membantu adik Aaira yang semakin kritikal,” Ab Halim.

Ghazali Ayub

Selain itu penyumbang program tersebut, Ghazali Ayub, 50, yang juga pengusaha perniagaan Lekor Chip berkata, usaha kecil ini diharap dapat diteruskan pada semasa ke semasa.

“Sumbangan yang diperlukan masih belum mencukupi lagi dan ini diharap dapat membantu selain menyebarkan lagi kesedaran bagi menderma ke arah rawatan adik Aaira,” kata Ghazali Ayub.

Sehubungan ini kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh juga menyalurkan dana melalui akaun bank CIMB, No Akaun: 7624054681 (Siti Nur AAira Ameera Mohd).

 

7.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 8.0