Bagi yang suka buat pencuci mulut seperti kek pastinya tahu betapa renyah nak membasuh semua alatan tambahan yang ada kesan minyak daripada mentega.
Kadang-kadang rendam sahaja dalam air panas sebelum basuh, biar tanggal semua tapi itulah, makan masa sikit.
Rupanya ada cara senang nak bersihkan segala lemak daripada marjerin atau mentega, dua bahan sahaja tapi kesannya sangat menyenangkan hati.
Tip ini dikongsikan pengguna Instagram bernama @melizah21 tentang cara cepat untuk menghilangkan kesan pada alatan yang digunakan semasa ‘baking’.
Cara cuci alat baking untuk hilangkan kesan minyak
Bahan-bahan:
- Air suam
- Sabun cuci pinggan
- garam
Cara-caranya:
- Pertama sekali, basahkan keseluruhan permukaan alatan dengan air suam. Tak perlu guna air mendidih, air suam pun sudah cukup untuk menyingkirkan kesan lemak di alat.
- Setelah itu, campurkan dua bahan dapur iaitu sabun pencuci pinggan dan garam ke dalam mangkuk. Tambahkan air secukupnya dan kacau rata sehingga semua bahan sebati.
- Kemudian, sapukan campuran sabun, garam dan air tadi ke seluruh bahagian alat baking.
- Gosok satu persatu alatan tersebut dengan span pencuci pinggan. Tanpa menggunakan banyak tenaga, kesan lemak pada alat itu akan mudah hilang.
- Apabila semua kotoran sudah hilang, basuhkan semua alatan di bawah air yang mengalir sambil digosok-gosok untuk memastikan keseluruhan permukaan alat baking benar-benar bersih dan kering.
- Hasilnya, semua alat baking seperti blender, senduk kayu dan lain-lain menjadi bersih. Apabila disentuh, permukaannya sudah tidak licin lagi. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tayar lama jangan buang, kitar semula ikut teknik pemuda ini, gerenti halaman rumah naik seri!