Kerana mulut, badan binasa. Begitulah situasi yang terjadi kepada seorang wanita yang seringkali meninggalkan komen menyindir di hantaran orang lain.
Mungkin bagi kita kata-kata tersebut tiada niat untuk menyinggung perasaan seseorang namun jika sudah kerap maka siapa sahaja tidak marah.
Seorang pengamal perubatan tradisional mengubati pesakit yang dikatakan sering meracau dan memuat naik kisah tersebut di hantaran pengguna Facebook, Qiqi.
Menurutnya dia dipanggil oleh lelaki yang juga semua kepada suami pesakit untuk mengubati isterinya.
Ketika sampai terlihat si wanita (disihir), suami dan dua orang anak. Ketika sesi ruqyah bermula, terlihat ada dua kelibat memasuki ruangan rumah pesakit.
“Tiba-tiba tok perasan ada dua orang masuk ke rumah, seorang lelaki seorang lagi perempuan. Muka mereka gelap dan berbadan gempal. Tok fikir mungkin jiran atau saudara mereka jadi tok biarkan.
Semasa ruqyah di jalankan pesakit mula kerasukan dan menjerit-jerit.
“Panas !! korang semua kenapa sibuk hal aku ha???!! berambus lah korang semua!!”
“Kau ni ada masalah apa dengan jasad ni?
“Aku dendam dengan dia ni !! ..aku nak dia menderita!! “
“Yelah… Sebab apa kau dendam?”
“Aku dendam ! sakit hati ! sebab dia kutuk2 aku perli2 aku dkat Facebook dia!!”,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pada waktu sama TokQiqi melihat dua individu tergelak sambil menunjukkan tangan kepada pesakit hingga menyebabkan kemarahannya.
Namun dibiarkan dan hanya menumpukan perhatian kepada pesakit.
“Dia Hina Kau apa? dia perli Kau apa? sampai Kau marah”
“Dia sindir aku cakap aku tak laku, cakap aku busuk, hitam, tak laku !!”
“Kau tak boleh selesaikan cara baik ke? bukan dengan cara macam ini.”
“Ahhh Kau diam ustaz, Kau apa tahu? hati aku ni sakit, aku nak dia rasa apa aku rasa..aku nak dia mampos lagi baik!!” tambahnya.
Merasa terganggu dengan kehadiran dua ‘individu’, dia meminta kepada suami pesakit untuk mengarahkan mereka keluar namun segalanya sia-sia.
Dua ‘individu’ tersebut bukanlah manusia tapi jin yang menyerupai si tukang sihir, selepas dimarahi kelibat dua jin tersebut hilang.
Akhirnya wanita tersebut berjaya diubati, tidak menunggu lama TokQiqi memohon wanita tersebut meminta maaf dan memadamkan semua komen yang boleh menyakitkan hati.
Walaupun sudah buat perkara yang disuruh, wanita itu dikatakan masih lagi terkena gangguan sihir dan sudah banyak kali berubat tapi tetap tidak sembuh.
Jagalah kata-kata anda baik di hadapan orang mahupun dalam sosial media kerana bila orang sudah sakit hati maka lebih sukar untuk memberi kata maaf.
Baca juga: Starbucks tak dapat sambutan di Vietnam? Rupanya sebab…