Bagi peminat petai, tak kira yang tua atau muda mesti faham betapa busuknya mulut lepas makan tapi dah sebab suka memang tak peduli dengan kata orang.
Tambah-tambah sambal petai, kalau makan tu tak perlu dah lauk lain, nasi pun berpinggan-pinggan jadinya.
Rupanya ada cara senang nak hilangkan bau lepas makan petai, hanya menggunakan terung sahaja.
ikuti perkongsian pengguna Facebook, Bee Keng menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Ramai yang suka makan petai tetapi tak tahan dengan bau busuk mulut, kadang tu berus gigi dua tiga kali pun tak semestinya bau mulut akan hilang.
“Saya nak kongsikan cara kita hilangkan bau mulut secepat seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa kita masih kecil lagi ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut,” ujar pengguna Facebook.
Cara hilangkan bau mulut dengan segera
- Potong sepotong terung mentah sebesar satu ke dua
- Kunyah selama seminit
- Selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengadungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut).
- Dikunyah seperti makan chewing gum sekurang-kurangnya wajib seminit lah.
Malah pengguna tersebut turut menasihati untuk letak terung yang sudah tidak boleh digunakan di atas lantai tandas untuk mengurang bau pada air kencing.
Kunyah beras, jangan telan
Rata-rata netizen turut berkongsi tip daripada orang tua yang menasihati mereka untuk mengunyah beras.
“Kalau petua saya, kunyah sesudu beras je dan saya telan sekali. Hilang bau.
“Kalau orang kampung saya dekat Negeri Sembila, petua mereka adalah kunyah beras tapi tak telan. Kemudian kumur dengan air suam.
“Nak hilangkan bau busuk petai di bilik air, minum kopi atau nescafe setengah jam selepas makan petai. Sebab bau caffeine sebenarnya lagi kuat dari petai,” antara tip netizen.
Baca juga: Baru tahu ada petua simpan petai agar tahan lama, berbulan beli pun boleh makan lagi!