Sukarelawan Serantau Muslim cemas masjid hampir runtuh ketika bertugas

Sukarelawan Serantau Muslim cemas masjid hampir runtuh ketika bertugas

Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) cemas apabila masjid yang dilawati oleh mereka tiba-tiba bergoyang dan hampir runtuh dalam kejadian yan berlaku semalam.

Masjid Nurul Jibal yang rosak teruk akibat gempa bumi tempoh hari didapati tidak tidak selamat untuk digunakan lagi.

Ketika Kejadian, Pengarah Komunikasi dan Media Serantau Muslim, Muhammad Faeez Azahar berkata, beliau dan peserta misi yang lain beristirehat di struktur masjid tersebut sebaik sahaja sampai dan tiba-tiba mereka berasa tidak selesa apabila struktur bangunan masjid tersebut seolah-olah bergoyang.

Jelasnya, kesemua mereka bertempiaran lari menjauhi struktur bangunan masjid tersebut bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

“Setelah letih menyelusuri bukit dengan jarak yang agak jauh untuk sampai ke perkampungan itu, kami berehat seketika di masjid tersebut sambil berbincang dengan penduduk disana.

“Kami terkejut apabila sktruktur masjid tersebut tiba-tiba bergoyang dan seperti mahu rebah ke bumi. tidak fikir lama dan kami terus lari menyelamatkan diri,” katanya ketika meneruskan Misi Kebajikan #AirmataLombok di Lombok Barat, semalam.

Muhammad Faeez Azhar  berkata struktur tidak kukuh bangunan majid yang masih  tinggal  sekali lagi hampir runtuh semalam, selepas kejadian gempa yang berlaku baru-baru ini.

Menurutnya, masjid tersebut terletak di sebuah bukit di Sempeni Dusun Malaka, Lombok Barat, perjalanan ke lokasi perkampungan tersebut tidak boleh menaiki kenderaan selain motosikal kerana jalannya cerun dan kecil.

Faeez berkata, kejadian itu membuktikan masjid tersebut tidak mampu lagi dibaiki dan ia perlu dibina semula agar 150 buah keluarga di bukit itu dapat menggunakan semula masjid yang satu-satunya ada disitu.

Katanya, Serantau Muslim sangat berhasrat untuk membantu membina masjid baharu disitu menggantikan struktur sedia ada yang tidak lagi selamat untuk dibaikpulih.

Sementara itu, wakil penduduk, Mohd Sultan Haris berkata, untuk memastikan ibadat harian penduduk serta aktiviti kemasyarakat di kampung itu tidak terganggu, satu masjid sementara telah dibina bersebelahan masjid tersebut menggunakan kanvas plastik.

Beliau mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama menyumbang untuk membantu menjayakan pembinaan semula Masjid Nurul Jibal.

“Saya mengharapkan saudara kita di Malaysia dapat bersama-sama membantu sebanyak mungkin dan secepat mungkin bagi membantu kami membina masjid ini.

“Rakyat Malaysia dikenali hati budinya yang sangat budiman dan dermawan, saya yakin rakyat Malaysia sangat simpati dengan nasib yang dialami oleh kami ketika ini,” katanya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS