Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Sukma 2020: Lapan acara di Velodrom Johor
Mohd Khuzzan Abu Bakar (kanan) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn Bhd On Jabbar (kiri) ketika melawat Velodrome Johor dan Trek BMX bagi sukan berbasikal sempena Temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) Johor 2020 di Iskandar Puteri.

Sukma 2020: Lapan acara di Velodrom Johor

BernamaFebruary 19, 2020 7:07 am




 Velodrom Johor yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung April ini, akan menjadi venue bagi lapan acara berbasikal trek Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020, Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata lapan acara berkenaan ialah pecut, pecut berpasukan, 500 meter ujian masa, keirin, perlumbaan  scratch, kejar-mengejar individu, kejar-mengejar berpasukan dan omnium.

“Acara berbasikal trek Sukma Johor 2020 akan berlangsung dari 17 hingga 19 Julai, dan 16 pingat emas bagi kategori lelaki dan wanita ditawarkan dalam acara berkenaan.

Sementara Trek BMX yang terletak bersebelahan stadium ini menawarkan dua pingat emas bagi acara Lumba BMX 350 meter kategori lelaki dan wanita,” katanya kepada pemberita semasa melawat Velodrom Johor dan Trek BMX, pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor 2020, On Jabbar @ Ja’afar dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor Mohd Gadaffie Abd Aziz.

Sementara itu, Mohd Khuzzan berkata Velodrom Johor yang merupakan velodrom pertama dibina di negeri ini, kini siap 92.45 peratus dan pembinaannya mendahului jadual asal yang ditetapkan.

“Trek BMX pula siap 61.68 peratus dan ia juga dibina mendahului jadual yang ditetapkan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 31 April,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua projek dilaksanakan kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor dengan kos Velodrom Johor berjumlah RM51 juta  dan Trek BMX pula RM1.3 juta.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production