Sultan Ibrahim perkenan memandu sendiri hantar pulang PM ke Lapangan Terbang Senai

Sultan Ibrahim perkenan memandu sendiri hantar pulang PM ke Lapangan Terbang Senai

Pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Sultan Ibrahim Iskandar hari  ini berakhir pada jam 5.35 petang tadi.

Memetik laporan Malaysiainsider, Sultan Ibrahim perkenan untuk memandu sendiri kereta Proton Saga berwarna biru untuk menghantar Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Senai untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Pertemuan antara Sultan Johor dan Perdana Menteri yang berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini adalah pertemuan kali pertama antara Sultan Ibrahim dan Dr Mahathir  selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, pada 9 Mei 2018.

Star semalam memetik sumber daripada Pejabat Perdana Menteri,dipetik berkata, pertemuan itu diadakan berikutan permintaan Sultan Ibrahim, beberapa minggu lalu.