Malaysia Dateline

Sultan Johor perkenan bubar DUN

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuatkuasa hari ini. 22 Januari.

Menerusi titah di Facebook, baginda berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, dan Datuk Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

“Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim yang Ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022,” titah baginda.