Sultan Kelantan ziarahi Menteri Besar

Sultan Kelantan ziarahi Menteri Besar

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berangkat mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan jam 3.05 minit petang ini.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob sedang dirawat di Hospital USM sejak minggu lalu kerana masalah saraf dan menjalani pembedahan di kepala.

Beliau dilaporkan semakin pulih dan dapat berinteraksi secara normal dengan mereka yang melawatnya.

Turut mengiringi baginda ialah Pengarah Kampus Kesihatan Hospital USM Prof Datuk Dr Ma Fauzi dan anggota-anggota exco kerajaan negeri.

TAGS