Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Sultan Melaka’ bebas 4 tuduhan menipu

‘Sultan Melaka’ bebas 4 tuduhan menipu

MALAYSIADATELINEJanuary 3, 2020 1:07 pm




Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan seorang ahli perniagaan yang menggelar sultan Melaka daripada 4 tuduhan menipu.

Noor Jan Tuah didakwa menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md Yusof, Ahmad Zainudin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat untuk percaya dia sultan Melaka pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Melaka pada 28 Dis 2013.

“Kami dapati rayuan ini tiada merit untuk mewajarkan campurtangan mahkamah,” kata Hakim Yaacob Md Sam seperti dipetik FMT hari ini.

Hakim lain dalam panel itu adalah Rhodzariah Bujang dan Hadhariah Syed Ismail.

 Mahkamah Sesyen Melaka membebaskan Noor Jan pada Julai 2018, keputusan yang dikekalkan Mahkamah Tinggi tahun lepas

Tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 7 tahun dan denda.

Peguamnya Shaharudin Ali berkata mereka yang didakwa mangsa dalam kes itu mengaku mereka tidak ditipu.

“Ia mengejutkan kami,” tambahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mangaiarkarasi Krishnan mewakili pendakwaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production