Malaysia Dateline

Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin pangku jawatan Yang Dipertuan Agong

Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah akan memangku jawatan Yang Dipertuan Agong sehingga Majlis Raja-raja memutuskan siapakan Yang Dipertuan Agong seterusnya.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara hari ini berikutan perletakan jawatan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong ke 15 semalam.

Sultan Muhammad V telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember 2016. Baginda sepatutnya menamatkan khidmat sebagai Yang Dipertuan Agong hujung tahun 2021 nanti.