Sultan Nazrin perkenan bubar Dun Perak

Sultan Nazrin Shah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak ke-13 dibubarkan berkuatkuasa hari ini (April9).

Baginda menzahirkan perkara itu pada Majlis Pengumuman Pembubaran Dun Perak ke-13 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, sebentar tadi.

Pada majlis itu baginda turut menzahirkan penghargaan atas perkhidmatan Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang telah memimpin kerajaan Perak sejak 7 Mei 2013, setelah mendapat perkenan Sultan untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak.

Sultan Perak juga menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri begitu juga kepada semua ahli Dewan Negeri Perak ke-13 yang telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

CATEGORIES
TAGS