Malaysia Dateline

Sultan perkenan terima mengadap MB Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk terima majlis mengadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi proses pelantikan Menteri Besar baharu.

Bagaimanapun seperti yang dilapor Astro Awani, Faizal mengesahkan majlis mengadap itu tetapi masanya tidak dijelaskan.

Memetik Malaysiakini, Sultan Perak akan terima mengadap setiausaha kerajaan negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan penasihat undang-undang Perak Azmir Shah Zainal Abidin pada jam 4.30 petang.

Sementara itu, dilaporkan bahawa baginda akan menerima mengadap speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid pada jam 5 petang nanti.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengkala Bharu, Abdul Manaf Hashim (Umno) telah mencadangkan undi percaya terhadap Ahmad Faizal.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu, sebaliknya hanya 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.