Malaysia Dateline

Sultan Sharafuddin Idris Shah

Sultan Selangor terima zakat korporat RM9.87 juta

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.87 juta daripada tujuh syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini.

Syarikat berkenaan adalah adalah PLUS Malaysia Berhad (RM2.77 juta), Bank Rakyat (RM2.75 juta), Central Sugars Refinery Sdn Bhd (RM1.25 juta), Jakel Trading Sdn Bhd (RM1.23 juta), Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (RM1 juta), Semesta Logistics Sdn Bhd (RM500,000) dan Agrobank (RM354,250).

Sultan Selangor berkenaan menerima zakat tersebut pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Taman Seri Muda, Seksyen 24, di sini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Pada majlis sama juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 98 asnaf fakir, 184 orang miskin serta 114 asnaf mualaf yang masing-masing menerima bantuan sebanyak RM500 seorang melibatkan jumlah zakat sebanyak RM198,000.