Sumbangan tabung telus, penyiaran satu bentuk pelaburan

Sumbangan tabung telus, penyiaran satu bentuk pelaburan

Perdana menteri mengumumkan 12 perkara penting hasil mesyuarat dan dua daripada 12 perkara ini telah menjadi perbahasan dalam kalangan rakyat iaitu penubuhan Tabung Harapan Malaysia dan perlawanan bola sepak Piala Malaysia akan disiarkan secara percuma di RTM.

Perbahasan ini timbul kerana beberapa kekeliruan dan salah faham kesan dari kegagalan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan terperinci berkenaan hal dua perkara tersebut.

Suka untuk saya menerangkan justifikasi kedua perkara diatas agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Berhubung Tabung Harapan Malaysia, ia bukanlah satu idea asal dari pihak kerajaan membuka tabung derma bertujuan untuk mengutip sumbangan dari rakyat untuk membiayai hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran Najib Tun Razak.

Sebaliknya, ia bermula dengan tindakan masyarakat sivil yang menjalankan satu usaha mengumpul wang bagi membantu usaha kerajaan mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung.

Apabila usaha ini mula mendapat sambutan dari kalangan rakyat, Menteri bertanggungjawab telah mengambil inisiatif untuk membuka satu tabung khas.

Bagi tujuan ini, setiap sumbangan boleh diuruskan secara telus dan sistematik sekaligus mampu mengelakkan sebarang kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab eksploitasi kebaikan hati rakyat.

Berkenaan penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 yang akan disiarkan secara percuma di Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebahagian pihak mendakwa pihak kerajaan melakukan pembaziran apabila berberbelanja Rm40 juta untuk tujuan ini pada waktu Malaysia dilanda beban hutang yang tinggi.

Dakwaan ini adalah satu salah faham kesan dari kegagalan untuk memahami bagaimana syesen televisyen beroperasi dan menjana pendapatan.

Antara perkara pertama yang disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo apabila diumumkan sebagai menteri adalah untuk kembali memperkasakan kembali RTM.

Beliau turut memberi tempoh 6 bulan untuk RTM berubah dengan penampilan baru. Untuk kembali mendapat tempat di hati penonton, ia tentu sekali cukup sukar apatah lagi dengan lebih banyak persaingan dari media media swasta lain.

Berlangsungnya Piala Dunia pada tahun ini boleh menjadi titik permulaan kepada pemerkasaan kembali RTM apabila melalui penyiaran perlawanan bola sepak piala dunia, RTM berpotensi untuk meninggikan rating tontonan RTM yang sebelum ini jauh di belakang stesen televisyen swasta selain cuba mendapatkan keuntungan melalui penaja penaja yang berminat iklankan produk mereka.

Dengan cara ini, wang yang dibelanjakan akan diperoleh kembali melalui tajaan ini, jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mengantikan “pembaziran” adalah “pelaburan”.

Perkembang sikap cakna rakyat terhadap tindakan kerajaan merupakan satu petanda yang baik bagi Malaysia menuju negara maju.

Semoga Malaysia baru kelak akan terdiri dengan kukuh melalui kecekapan dan integriti pihak pentadbiran serta sikap cakna dan prihatin rakyat terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan.

Penulis merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Setiu.

CATEGORIES
TAGS