Malaysia Dateline

Sumbat sampai tiada ruang, pemuda ini dedah perangai buruk pengguna kedai dobi

Sumbat pakaian dalam mesin basuh hinggakan tiada ruang antara sikap buruk sesetengah pelanggan di kedai dobi layan diri.

Ikuti pandangan KOCHI UZ yang berkongsikan senarai perangai buruk segelintir individu semasa menggunakan servis mesin dobi:

Ini antara perangai yang saya perasan bila dekat dobi layan diri. Kadang-kadang menyirap tengok.

Washer 10 kg atau 14 kg kau sumbat sampai tiada ruang untuk masuk air dah. Punca mesin washer rosak dan owner kena tanggung kos baiki.

Ada spesis bawa berbakul baju nak cuci macam sebulan tak penah basuh. Lepas itu cop washer macam cop parking kereta kat flat. Bila orang lain nak guna siap sound, eh tu saya punya, katanya.

Di dobi penuh anak beranak. Kadang-kadang sekampung bawa padahal kerja dobi boleh selesai hanya seorang diri.

Letak sabun tambahan banyak padahal washer dah ada sabun percuma.

Dalam gambar ini, memang makcik ni datang satu kapal sumbat baju penuh dalam washer 10 kg. Konon nak jimat. Maaflah makcik. Saya terpaksa ambil gambar sebab sikap makcik memang tiada adab.

Baca juga Berapa banyak sebenarnya RM1 bilion jika diukur dengan saiz wang tunai RM100?