Malaysia Dateline

Sunak: Bidak-Bidak di papan catur?

Berita Rishi Sunak, 42, dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu Britain, hari ini, selepas menghadap Raja Charles III di Istana Buckingham dan menerima titah untuk membentuk kerajaan telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Di samping merupakan pemimpin termuda Ini beliau telah menempa sejarah menerajui pentadbiran negara ini dalam tempoh lebih 200 tahun sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, malah merupakan pemimpin termuda.

Terdahulu, Raja Charles III menerima peletakan jawatan itu secara rasmi daripada Liz Truss.

Apa yang menarik mengenai Sunak, bukan sahaja kerana beliau seorang India atau bukan kulit putih tetapi tugas dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan bagi mewakili kulit putih.

Maaf kalau bersikap rasis dalam tulisan. Bangsa kulit putih sesama mereka telah bergaduh dalam parti Konservatif sejak Boros Johnson naik tahta sebagai Perdana Menteri Britain.

Masalah besar Britain keluar sejak daripada Kesatuan Eropah atau Brexit iaitu EU berhubung dengan isu ekonomi dan pendatang asing masih tidak dapat diselesaikan.

Teresa May masih bergelut dengan keyakinan Tories dalam mentadir bahkan Liz Truss tidak mendapat keyakinan ahli konservatif mengemudi kerajaan tidak sampai dua bulan pun.

Beliau tidak dapat mencari formula penyelesaian kepada isu ekonomi Britain maka penyelesaiannya melantik seorang bukan kulit putih. Sunak anak keluarga negara bekas penjajah akan dapat memainkan kepada “pengikut” setia kepada sistem kulit.

Pengikut di sini bukan bermaksud pengikut bertaklid buta tetapi yang menghayati dan dibesar dam membudaya dalam sistem demokrasi dan kapitalis.

Sunak pernah bekerja dengan Goldman Sachs dan kemudian mengendalikan firma dana terhad dan adalah Menteri Kewangan selama 2 tahun (2020-2022) dan ketua setiausaha perbendarahaan dari 2019-2020

Sunak seperti Kamala Harris, Naib Presiden Amerika Syarikat akan menjadi lebih Inggeris daripada orang Inggeris begitu juga dengan Haris lebih Amerika daripada orang Amerika sendiri.

Barrack Obama semasa menjadi Presiden Kulit Hitam pertama AS tetapi tidak banyak Langkah-langkah besar yang dapat beliau lakukan kepada kebajikan kulit hitam.

Mereka adalah pengikut sistem yang patuh dan akan menyelesaikan segala masalah kulit putih. Jadinya mat saleh-mat saleh Konservatif atau Buruh tak perlu bergaduh-gaduh sesama sendiri, perhatikan sahaja Sunak bereskan kerja untuk mereka.

Sunak seperti Harris dan Obama adalah bidak-bidak dipapar catur kulit putih.

Jika tidak berjaya mereka akan singkirkannya. Sunak pun berkata beri peluang kepadanya untuk menyelesaikan masalah ekonomi Britain. Tentu beliau sebagai orang bukan kulit putih ingin membuktikan kesungguhannya yang PM British agama Hindu ini berjaya mengemudikan ekonomi dengan jayanya.

Bahkan Sunak sudah menyatakan sokongan kepada Israel dan menyokong Ukraine dalam menentang Russia. Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua PM Britain tidak kira keturunan apa putih atau bukan kulit putih, agama Kristian, Hindu bahkan beragama Islam sekalipun jika menjadi PM harus konsisten dalam sokongan kepada Yahudi Zionis sejak Deklarasi Balfour.

Sunak tidak akan membuat perkara-perkara yang di luar jalur ini dan ia merupakan SOP bagi PM Sunak. Dalam dasar luar Britain, Sunak akan mengikut Boris Johnson, Theresa May dan Liz Truss.

Baca juga: Polis sedang buru 2 lelaki tempatan buat perkara tidak senonoh dalam surau

Baca juga: Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda