Malaysia Dateline

Sungai Kelantan semakin naik

Sungai Kelantan di Kuala Krai, Kelantan menunjukkan pola menaik dengan bacaan pada paras melebihi tahap bahaya 25 meter apabila bacaan jam 7.45 petang direkodkan pada 25.42 meter.

Turut mencatatkan trend menaik di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Rantau Panjang masing-masing melebihi tahap amaran.

Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menunjukkan aras air sungai di Kampung Karangan, Kuala Krai mencecah 31.31 meter melebihi tahap waspada 27 meter.