Sungai Perak sumber air mentah terbaik bagi P.Pinang, Perak utara

Sungai Perak sumber air mentah terbaik bagi P.Pinang, Perak utara

Pulai Pinang memohon pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) kerana ia merupakan pilihan yang paling logik, rasional dan ekonomi untuk mencapai jaminan bekalan air bagi Pulau Pinang dan Perak Utara sehingga tahun 2050.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBA Holidngs Berhada dan PBA Pulau Pinang, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa,

Jelas beliau lagi, ketika ini Sungai Perak merupakan pilihan terbaik bagi Pulau Pinang kerana beberapa faktor.

“Sumber air mentah sedia ada tidak digunakan sepenuhnya serta ia merupakan sumber air mentah yang boleh dimanfaatkan oleh Perak dan juga Pulau Pinang.

“SPRWTS yang dicadangkan adalah projek penyaluran air mentah antara negeri.

“Oleh kerana ittu apabila Pulau Pinang beralih ke Inisiatif Penstrukturan Semula Perkhidmatan Air Negara pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk membiayai dan melaksanakan projek sumber air mentah untuk Pulau Pinang, ” ujarnya lagi.

Malah kata Jaseni, kos membina loji rawatan air konvensional di Pulau Pinang untuk merawat air mentah yang disalurkan dari Sungai Perak, jauh lebih rendah dariopada kos membina loji penyahgaraman untuk kapasiti yang sama,

Tegasnya, prioses penyahgaraman berskala besar dan osmosis songsang atau penurasan ultra juga lebih berintensif tenaga dan kos.

“Di Singapuran, teknologi penyahgaraman dan kitar semula air dilaksanakan seiring dengan operasi rawatan air konvensional.

“Harga air penggunaan domestik 35,000 liter pertama di Singapura kini bernilai RM7,44 bagi setiap 1,000 liter dengan cukai pemuliharaan air dan caj air terpakai,

“Kitar semula air dan penuaan air hujan memerlukan infrastruktur tambahan khusus, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP telah berusaha untuk memanfaatkan Sungai Perak sebagai sumber air mentah kedua atau alternatif bagi Pulau Pinang sejak 2011 lagi.

“Selain memenuhi jangkaan permintaan air, SPRWTS juga akan mengurangkan risiko kebergantungan kepada Sungai Muda oleh Pulau Pinang sebagai sumber air mentah, terutamanya ketika musim kemarau,

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP amat mengharapkan penyelesaian bagi pelaksanaan penyaluran air mentah Sungai Perak antara negeri tidak lama lagi.

“Maka itu, sekirnaya objektif utama adalah untuk memastikan jaminan bekalan air di Pulau Pinang sehingga 2050, Sungai Perak merupakan penyelesaian terbaik untuk tempoh 30 tahun yang akan datang, ” tambahnya lagi.