Suntik eutanasia dekat 98 ekor anjing, bekas ketua organisasi hak asasi haiwan dipenjara 2 tahun

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita bertindak memberikan suntikan eutanasia kepada anjing yang diselamatkan kerana pusat penjagaan miliknya sudah penuh.

Umum mengetahui, eutanasia atau proses mematikan atas dasar belas kasihan adalah amalan yang dibenarkan dalam bidang perubatan haiwan.

Namun begitu, eutanasia hanya boleh dilakukan sekiranya haiwan tersebut telah memenuhi syarat untuk menerima suntikan itu.

Antara syaratnya adalah haiwan yang terlibat mengalami kesihatan kronik sehingga menyeksanya atau keadaan haiwan yang memberi ancaman penyakit berjangkit seperti Rabies.

Bekas ketua organisasi Care, Park So-yeon dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul.

Park didakwa melanggar Akta Perlindungan Haiwan kerana memberi suntikan maut kepada 98 ekor anjing itu tanpa keperluan mendesak.

Tindakan tidak berasas itu dilakukan Park bagi mengurangkan beban kos perubatan haiwan yang ditanggung organisasinya.

Park turut dituduh membunuh anjing-anjing itu di antara tahun 2015 dan 2018 untuk mendapatkan lebih banyak ruang di pusat jagaanya.

Jenayahnya itu didedahkan oleh bekas pekerjanya sendiri pada 2019 lalu dan telah meledakkan amarah orang ramai pada waktu itu.

“Tanpa menilai secara serius kapasiti pusat (Care), dia terlalu ‘asyik’ sertai operasi menyelamatkan haiwan tetapi membunuh haiwan itu apabila ruang tidak mencukupi,” kata mahkamah.

Baca juga: Kereta terbalik lepas langgar bonggol, penyamun ‘rembat’ pula Myvi polis untuk larikan diri