Malaysia Dateline

Suntikan vaksin Covid-19 27 Februari di Sarawak

Petugas barisan hadapan adalah antara yang terlibat dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Sarawak bermula 27 Februari ini, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

Katanya, secara keseluruhan program imunisasi berkenaan dijalankan di 56 pusat vaksinasi di negeri ini dengan petugas barisan hadapan, anggota perubatan, polis dan tentera akan terlibat dalam program itu.

“Kita akan beri temu janji kepada mereka untuk mendapatkan dos pertama dan selepas 21 hari mereka akan kembali untuk dos kedua,” ujar beliau sambil menambah semua 56 pusat vaksinasi bagi program imunisasi itutermasuk Hospital Bau, Klinik Kesihatan (KK) Singai, Hospital Lundu, KK Stungkor, KK Batu Kawa dan KK Jalan Masjid.

“Selain itu, program tersebut turut dilaksanakan di KK Petra Jaya, KK Sentosa, KK Tanah Puteh, Hospital Umum Sarawak, Pusat Jantung, KK Kota Samarahan, KK Asajaya, Hospital Simunjan, KK Ibu dan Anak Simunjan Bandar, Hospital Serian, KK Ibu dan Anak Serian, KK Tebakang dan KK Tarat.

“Pusat lain termasuk Hospital Sri Aman, KK Sri Aman, KK Lubok Antu, Hospital Betong, KK Mid Layar, KK Pusa, Hospital Saratok, Hospital Sarikei, KK Sarikei, KK Bintangor, KK Julau, KK Pakan, Hospital Kapit, KK Kapit, KK Song, Hospital Sibu, KK Jalan Lanang, KK Sibu Jaya, KK Selangau, Hospital Kanowit, Hospital Daro dan Hospital Mukah.

Jelas beliau lagi, klinik lain ialah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mukah, KK Belaga, KK Sg Asap, Hospital Bintulu, KK Jepak, KK Tatau, Hospital Marudi, Hospital Miri, KK Bandar Miri, KK Batu Niah, Hospital Lawas, KK Lawas dan Hospital Limbang.

Tambah Dr Chin, kira-kira 2.2 juta rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menerima vaksin manakala bagi fasa kedua, ia akan melibatkan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas yang berisiko tinggi.

“Sementara mereka yang berumur 18 tahun ke atas tetapi ada penyakit seperti diabetis dan sebagainya juga akan dimasukkan dalam fasa kedua.

“Fasa kedua dijangka bermula pada hujung Mac depan bergantung kepada bekalan vaksin yang bakal melibatkan lain-lain individu pelbagai umur serta tidak berpenyakit,“ katanya.