Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Kota Damansara Halimaton Saadiah Bohan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan membabitkan agensi kerajaan dan penduduk dengan bertemakan Super Synergy Kota Damansara.
Beliau berkata dengan adanya program Super Synergy ini akan dapat mengenalpasti dikalangan usahawan di kawasannya untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi mereka.
“ Selain itu di kalangan penduduk di kawasan Seksyen 7 Kota Damansara pula, kita adakan pelbagai aktiviti kekeluargaan.
“Di kalangan usahawan kita mahu memastikan mereka mendapat ilmu pengetahuan dalam bidang diceburi dengan pelbagai program lain yang akan diadakan secara bersama selepas ini dengan wakil rakyat,” katanya kepada Malaysiadateline.
Konsep santai Super Synergy dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Petaling Jaya, Biro Tatanegara dan Jawantankuasa Penduduk Seksyen 7 Kota Damansara diadakan baru-baru ini adalah kali pertama diadakan membabitkan agensi dan penduduk.
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari program Super Synergy Kota Damansara ini adalah ceramah, sukaneka, pertandingan futsal, pameran keselamatan jalan raya dengan booth jualan daripada usahawan sekitar Seksyen 7 di sini.
Ketua Penyelaras Fellow Dakwah Yadim Rithauddin Kamarulzaman berkata, Yadim telah berjaya lahirkan 97 orang fellow muda dakwah merupakan satu program yang dibuat enam bulan bersama Yadim dan enam bulan lagi bersama wakil rakyat di lapangan.
Katanya untuk program Super Synergy ini Fellow Muda Dakwah, Nurhafizah telah membantu Halimahton dalam merancang dan melaksanakan program yang diadakan di Kota Damansara ini.
“Dengan penglibatan Yadim bersama wakil rakyat di kawasan akan dapat menjalinkan kerjasama dua hala untuk faedah komuniti setempat dalam program berbentuk Islamik,” ujarnya.