Supermax-The Loaf: Wanita PH seru rakyat tidak takut dengan tindakan BN

Supermax-The Loaf: Wanita PH seru rakyat tidak takut dengan tindakan BN

Tindakan  Pengarah Urusan Supermax Corporation Berhad Stanley Thai  yang memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan BN adalah satu tindakan yang amat pelik.

Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin berkata susulan pendedahan mengenai tanah milikan Angkatan Tentera Malaysia oleh Pengerusi Supermax Tan Sri Rafidah Aziz kebelakangan ini yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Taktik menakut-nakutkan penyokong dan rakyat untuk tidak menyokong Pakatan Harapan sememangnya telah dijangkakan. Namun begitu, saya percaya rakyat Malaysia serta para pemilik perniagaan yang menyokong perjuangan rakyat akan terus setia bersama Pakatan Harapan.

“Jangan gentar dan jangan takut. Dengan kemenangan Pakatan Harapan, kita pastikan ekonomi negara akan menjadi lebih makmur dan berdaya saing,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Rafidah yang meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat tersebut selepas Pengarah Urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada perdana menteri kerana menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR turut mempersoalkan berkaitan perniagaan bakeri The Loaf yang dikatakan  dimiliki oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Secara tiba-tiba isu The Loaf ini dijadikan tajuk berita oleh media-media yang dimiliki oleh kerajaan, sedangkan sebelum ini perniagaan itu tidak diambil peduli oleh media massa.

“Gabungan ini (Pakatan Harapan) tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi apa yang pasti, sekiranya Putrajaya dapat ditawan dengan sokongan rakyat Malaysia, kita akan mempunyai sebuah kerajaan yang lebih baik dan pentadbiran yang lebih telus.

“Lantas ini akan dapat membuka ruang kepada peningkatan ekonomi yang lebih tinggi,” ujarnya.

Semalam Dr Mahathir menafikan beliau memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup operasinya selepas 12 tahun beroperasi,

Beliau hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) selain mencabar pihak yang mengaitkannya dengan syarikat itu untuk mengemukakan bukti.

Bagaimanapun Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric See-To, mendakwa rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bekas Perdana Menteri itu memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat M&M Consolidated Resources, yang juga pemilik The Loaf.

Beliau turut mengemukakan lampiran rekod SSM yang menunjukkan kaitan antara Dr Mahathir dan M&M Consolidated Resources selain rekod pegangan saham dalam beberapa syarikat lain.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES