Supreme akan teroka perniagaan pemprosesan makanan

Supreme akan teroka perniagaan pemprosesan makanan

Supreme Consolidated Resources Bhd (Supreme) bercadang meneroka lebih banyak peluang perniagaan dalam segmen pemprosesan makanan selain mengukuhkan kehadirannya di Sabah.

Naib Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas syarikat pembekal daging berpangkalan di Sarawak itu, Datuk Richard Wee Liang Huat, berkata perancangan pengembangan pada masa hadapan adalah sejajar dengan model perniagaan yang dijalankan pada masa ini, selain pembinaan yang sedang dilaksanakan bagi kemudahan pergudangan baharu.

Wee juga menjelaskan bahawa, syarikat berkenaan akan fokus kepada perniagaannya di Sabah dan Sarawak dalam bidang yang rapat dengan syarikat berkenaan dan tidak bercadang untuk meneroka Semenanjung Malaysia.

Supreme yang membuat kemunculan buat pertama kali di pasaran LEAP mencatatkan premium 10 sen berbanding harga tawaran 50 sen.

Pada 9 pagi, syarikat itu menyaksikan kaunternya dibuka pada 60 sen dengan 40,000 saham bertukar tangan.

— BERNAMA