Malaysia Dateline

Surat perletakan jawatan PM di tangan Agong?

Sehari selepas desas desus pergolakan pembentukan kerajaan baru, hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dikatakan membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya hari ini.

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.