Malaysia Dateline

SURAT TERBUKA: Covid-19 #KKMGagal #KerajaanGagal

SURAT TERBUKA

Kepada:

YAB Perdana Menteri,

Menteri Kesihatan dan

Ketua Pengarah Kesihatan.

 

COVID 19: #KKMGAGAL #KERAJAANGAGAL

1. Covid 19 kini menghampiri puncak kedua di lekuk gelombang ketiga yang bermula sejak September 2019.

2. Kini negara mencatat pesakit ICU tertinggi (520 kes pada 15 Mei 2021) dan kematian tertinggi (45 kes pada pada 16 Mei 2021)

3. KKM kena akui kegagalan ini.

4. Bermula dengan kegagalan sistem MySejahtera yang tidak di gunakan sepenuhnya.

5. Bila pesakit bertambah, keupayaan contact tracing menurun. Kesannya pesakit positif lambat dipanggil untuk swab test dan seterusnya dikuarantin menyebabkan ia mampu menyebarkan virus ke dalam komuniti sebelum ia disahkan positif.

6. Keputusan ujian PCR yang lambat menyebabkan sekali lagi proses kuarantin juga lambat.

7. Tidak ada penyelarasan dan kerjasama yang baik antara Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Klinik serta Hospital Swasta mahupun PBT, pihak kilang atau tempat pembinaan.

8. Gagal dalam pengawasan sempadan antarabangsa menyebabkan varian South Afrika, India, UK dan lain-lain negara memasuki negara ini.

9. Vaksinasi yang terlalu perlahan. Jauh dari apa yang dijanjikan kerajaan sendiri.

10. Perlaksanaan SOP yang double standard menyebabkan rakyat meluat dan hilang respek lalu mengambil ringan tentang SOP termasuk sengaja melanggarnya.

CADANGAN SOLUSI

1. KKM perlu kepada pandangan kedua untuk melakukan penambah baikan terhadap pendekatan. Bagi melaksanakan hal ini, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat perlu bersidang dan Jawatankuasa Penasihat yang melibatkan pelbagai pihak khasnya profesional perlu dibentuk.

2. Satu budget yang sesuai mesti diperuntukkan untuk melantik sukarelawan bagi mempercepatkan proses contact tracing dan vaksinasi.

3. Kombinasi penggunaan swab test RTK-Ag dan PCR mengikut keperluan.

4. Tiada lagi perlaksanaan SOP bersifat antara dua darjat

 

A Senior Doktor cum Politician.
18 Mei 2021.