Malaysia Dateline

Surat terbuka untuk Dr Khai

Kehadapan Ust. Dr Khairuddin At-Takiri.

1. Surat khabar utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain melaporkan Polis sahkan Dr Khai melalui SJR (Sekatan Jalan Raya) Perasing pada 16 Mei. Ada yang melapor, Polis sahkan Dr Khai ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei.

Ini bertentangan dengan penafian yg Dr Khai buat di Page Fb , Ust. Dr Khairuddin At-Takiri.

2. Dr Khai, samada Dr Khai melalui di SJR Perasing, atau ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei, itu “tidak penting” pun.

Yang lebih penting, adakah pada 16 Mei 2021, Dr.Khai merentas Daerah/Negeri balik Terengganu tanpa surat kebenaran Polis?

3. 16 Mei 2021 itu Hari Raya Aidil Fitri. Jika benar Dr. Khai rentas negeri balik Ganu, adakah atas urusan rasmi sbg Menteri, atau saja balik Raya?

4. Sayugia kita ingatkan, Menteri Agama ada keluarkan ‘Fatwa’ , iaitu ‘HARAM’ rentas Daerah/Negeri balik Raya di musim pandemic kian memuncak!

Ana ada berseloroh pasal ‘Fatwa’ itu, “Kita tunggu dan lihat siapa VIP/Kayangan akan buat kerja ‘HARAM’ Raya nanti!

5. Ust. Dr Khai, samada Ust. Dr Khai melalui/ditahan di SJR Perasing, atau tidak, ianya tetap satu kesalahan melanggar SOP rentas Daerah/Negeri. Kedua-duanya ‘Haram’.

6. Jangan Ust. Dr Khai pegang atau beralasan seperi YB Noh Udang, ” mencuri tidak salah, ditangkap mencuri baru salah”.

“Lalui SJR rentas Negeri tak salah, ditahan baru salah”.

7. Untuk memendekkan karangan, sekali lagi Ana tanya Enta MENTERI, Adakah pada 16 Mei 2021, Ust. Dr. Khai rentas Daerah/Negeri balik Terengganu tanpa surat kebenaran Polis?
Mohon pencerahan Ust. Dr Khai.

Tkasih.

Sekian.

Dr Zaidi Zakaria, Pulau Pinang.

Pada 30 Mei 2021